,

Isteri Kena Buat 13 Aksi Seksi Ini Di Bilik Tidur, Gerenti Suami Terus Melekat Di Katil

Isteri Kena Buat 13 Aksi Seksi Ini Di Bilik Tidur, Gerenti Suami Terus Melekat Di Katil

Bukan hanya berhubungan intim, melakukan aksi manja yang ringan di tempat tidur merupakan kunci pada kebahagiaan suami isteri. Hanya dengan gerakan dan bahasa tubuh isteri sahaja sudah mampu membangkitkan nafsu suami lantas membuatkan suami terus melekat di bilik.

Isteri haruslah bijak melakukan pelbagai aksi seksi demi membangkitkan nafsu suami sekali gus membuatkan suami liat nak keluar bilik, malah rasa malas untuk bangun dari katil. Sebenarnya aksi seksi ini tak semestinya berakhir untuk hubungan intim sahaja, sebaliknya ia boleh dijadikan aksi ringan sebagai pembuka hari buat anda dan suami.

Dengan 13 cara sederhana ini cukup membuatkan suami tak mahu berenggang dan meninggalkan anda keseorangan di katil. Percayalah, aksi-aksi seksi ini pastinya akan disukai suami. Jadi jangan lupa, mulakan aksi seksi anda hari ini!

1. Abaikan pakaian yang biasa anda pakai dan sarungkan baju milik suami. Kesan longgar daripada pakaian suami itu sebenarnya boleh membuatkan anda nampak seksi di mata suami.

 
 
 

2. Saat berada di bilik tidur, peluklah suami dengan dakapan penuh nafsu tanpa anda mengenakan baju dalam. Rapatkan dada anda dan geselkan payudara anda ke dada suami. Hati suami mana yang tak keruan merasakan kelainan saat anda berdua berpelukan. Dalam masa yang singkat pasti nafsu suami akan meningkat.

3. Belai dan urutlah payudara anda di hadapan suami sebagai salah satu teknik agar suami terus melekat di katil. Lakukan dengan aksi menggoda dan manja. Apabila aksi anda mendapat perhatian suami, buatlah aksi nakal anda dengan menarik tangan suami agar dia menyentuh payudara anda.

4. Menggeliatkan tubuh anda pada waktu pagi di hadapan suami. Melihatkan dada anda yang membusung dalam samar-samar pakaian tidur pastinya menjadi pusat perhatian suami untuk terus menerkam anda.

5. Sesekali pakailah hanya baju dan seluar dalam ketika tidur. Melihatkan tubuh anda yang seksi pasti membuatkan suami tak keruan saat baring di samping anda.

6. Semburkan minyak wangi di tubuh lebih-lebih lagi di bahagian payudara sebelum anda dan suami tidur. Kesegaran aroma daripada wangian tersebut boleh membangkitkan nafsu suami untuk beraksi romantis dengan anda.

 

7. Naik ke tubuh suami dan ciumlah suami saat suami hampir bangun tidur di pagi hari. Ini akan membuatkan suami ingin terus memeluk anda.

8. Belaikan rambut anda di hadapan suami untuk membangkitkan ghairah suami. Percayalah belaian lembut anda itu juga boleh membuatkan suami rasa tak senang duduk.

9. Tarik perhatian suami dengan melakukan teknik berbeza dan mendebarkan misalnya minta suami bukakan anda pakaian. Cara ini akan memberikan debaran buat suami untuk menanggalkan pakaian anda satu-persatu.

10. Setelah bangun pagi, tinggalkan pakaian dalam anda di tempat tidur. Lelaki mudah rasa ghairah apabila melihat pakaian dalam wanita lebih-lebih di atas katil.

11. Saat anda berdua berada di katil, usapkan bahagian tubuh suami dengan belaian manja bermula dari dahi, belakang leher, dada sehinggalah ke bahagian sulit suami.

 

12. Hembuskan nafas anda ke telinga suami kerana hembusan boleh merangsang suami untuk dia terus mendakap anda.

13. Selepas mandi atau sebelum mengadakan hubungan intim, pakailah pakaian anda di hadapan suami. Ada lelaki yang suka melihat isteri memakai pakaian bermula daripada pakaian dalam dan pakaian-pakaian lain untuk membangkitkan berahinya.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *