,

10 Cara Isteri Goda Suami Lakukan Hubungan Intim (No. 10 Pasti Suami Tak Sangka-Sangka)

10 Cara Isteri Goda Suami Lakukan Hubungan Intim (No. 10 Pasti Suami Tak Sangka-Sangka)

Dalam melakukan hubungan intim kebiasaannya suamilah yang akan memulakan aksi untuk menggoda isteri. Namun tidak salah jika sesekali isteri pula yang berikan kejutan nakal dengan menggoda suami.

Pasti rayuan menggoda ini akan membuatkan suami tidak senang duduk sekali gus menaikkan nafsu suami untuk menikmati hubungan intim bersama isteri. Mungkin kelainan yang isteri berikan ini akan menghangatkan lagi hubungan kasih sayang anda berdua.

Apa kata anda berikan sensasi berbeza dengan 10 cara nakal ini agar hubungan intim anda bakal menjadi ingatan buat suami tercinta.

1. Saat suami di rumah, buat kejutan dengan menghantar pesanan ringkas kepada suami misalnya, “Sayang, malam ni Ayang nak buat aksi hebat?” atau “Cuba Abang teka Sayang pakai underwear warna apa?”. Dijamin suami tidak akan menunggu tibanya malam hari untuk mengetahui aksi anda itu sebaliknya segera mendapatkan anda untuk aksi seterusnya.

 
 
 

2. Cipta ruang bilik tidur yang romantis dengan bauan sensual yang menggoda. Nuansa romantis bersama bauan sensual ini secara tidak langsung akan berbicara tentang hasrat anda untuk mengajak suami beraksi.

3.Tarik perhatian suami dengan melakukan aksi yang mendebarkan. Misalnya membuka pakaian suami atau pakaian anda secara perlahan-lahan bermula dari butang baju dan seterusnya dengan aksi-aksi yang mengghairahkan.

 

4. Mainkan rambut anda di tubuh suami sambil merapatkan dada anda ke dada suami dengan pelukan yang menggoda. Sentuhan dan belaian rambut anda itu akan menjentik nafsu suami apatah lagi saat jari-jemari anda mengusap lembut tubuh suami.

5. Mainkan lidah anda pada belakang telinga suami dan buat gigitan manja di leher atau bahagian tubuh suami yang lain. Gigitan ini akan merangsang suami untuk ‘menerkam’ anda.

6. Saat anda mandi, tinggalkan pakaian dalam anda di tempat tidur. Apabila suami terjaga dari tidur dan melihat pakaian dalam anda di atas katil, pasti nafsunya akan bergelora. Apatah lagi apabila melihat anda keluar dari bilik mandi dengan rambut yang basah, bertuala mandi dan badan berbau haruman yang menyegarkan.

7. Tarik perhatian suami dengan memakai pakaian di hadapannya bermula daripada baju dalam, seluar dalam dan pakaian lain. Tiada suami yang tidak tergoda apabila melihat isterinya menyarungkan satu-persatu pakaian di hadapannya. Silap haribulan belum sempat anda lengkap berpakaian, suami sudah merangkul pinggang dan menarik anda.

8. Ingin cara yang lebih berani? Tarik tangan suami dan ajak suami berbaring bersama di katil. Berikan aksi nakal dengan mencium lembut bibirnya ataupun membuka pakaiannya perlahan-lahan sambil mengucup dadanya. Pasti suami anda jadi tidak keruan apabila anda memulakan dahulu aksi ranjang dengan signal nakal anda itu.

 

9. Ketika menonton televisyen di ruang tamu saat anak-anak tiada di rumah ataupun anda berdua menonton televisyen di dalam bilik, duduk di sebelah suami sambil mengurut lembut jari-jemarinya. Setelah itu lakukan aksi nakal anda dengan menyentuh dan mengurut lembut ‘senjatanya’. Aksi yang membuatkan suami senyum hingga ke telinga ini memberi signal kepadanya bahawa anda sudah bersedia untuk melakukan hubungan intim.

10. Berikan satu kejutan istimewa dengan menempah bilik hotel buat anda dan suami memadu kasih tanpa sebarang gangguan. Biarkan suami tahu bahawa anda ingin bersama dengannya dalam suasana yang berbeza. Setibanya di bilik hotel, sarungkan pakaian nipis yang seksi untuk tatapan suami. Pakaian yang jarang akan memberi reaksi berbeza suami terhadap anda. Hangatkan lagi dengan mandi bersama di dalam kolam mandi sambil anda berdua bergurau senda sebelum meneruskan aksi intim di atas katil.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *