Sebelum Nak Hantar Borang Kahwin, Bakal Pengantin Kena Tahu 8 Prosedur Ini. Penting Ye!

Sebelum Nak Hantar Borang Kahwin, Bakal Pengantin Kena Tahu 8 Prosedur Ini. Penting Ye!

PENTING! 8 prosedur sebelum hantar borang kahwin

Buat yang merancang kahwin dalam masa terdekat atau sebaliknya, tentu banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Perkara pertama, sudah pasti yang mana perlu kita mulakan dahulu. Lagi-lagi berkenaan dokumen dan prosedur yang melibatkan jabatan-jabatan atau sektor yang berkenaan.

Tapi jangan risau kerana perkongsian oleh pemilik Facebook Nur Madihah ini mungkin akan memudahkan urusan anda sedikit sebanyak.

Assalamualaikum semua!~

Harini mood rajin sikit nak share pasal panduan kepada para bakal pengantin dalam menghantar borang kahwin. Haa. Disebabkan saya pernah berpraktikal di Pejabat Agama & tiap hari dok handle borang kawen pastu akhir-akhir ni ramai sangat kawan-kawan dok tanya prosedur kahwin, elok lah kiranya saya tulis teros kat FB kot? Senang sikit satu dunia semua tau haha.  😂 😂 😂
Sebenarnya senang ja, tak susah mana pun.  😉

1) Ok first sekali. Bukak website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia iaitu www.sppim.gov.my.

-Ok then, klik kat Benar Nikah Online (Kebenaran Nikah) dan isi maklumat diri sendiri & pasangan.
-Dah siap isi, simpan nombor rujukan permohonan yang diberikan dari website tu.
-Nombor tu penting sebab nak guna setiap kali log in.
-Borang boleh dikemaskini dan di-edit selagi belum diproses oleh pejabat agama.
-Oh ya, untuk makluman semua, permohonan kebenaran nikah secara online setakat 2017 ini meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan sahaja.
Bagi negeri-negeri yang tak disebutkan tu, bolehlah terus memohon secara manual di Pejabat Agama Islam daerah masing-masing ya!  ☺

 

2) Check pasangan lelaki tinggal di daerah mana.

-Kalau daerah sama dengan perempuan, bakal pengantin lelaki & perempuan kena hantar borang nikah online tadi tu ke pejabat agama dalam tempoh 30hari/sebulan sebelum tarikh akad nikah.

-Tapi kalau daerah/negeri lelaki berbeza dgn perempuan, bakal pengantin lelaki kena hantar borang tu ke pejabat agama dalam tempoh 90 hari/3 bulan sebelum tarikh akad nikah.

3) Hantar borang.

– Sebelum hantar borang, pastikan borang dah ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop.
– Then bawa juga beberapa dokumen lain ke pejabat agama beserta dengan borang online yang dah disahkan tadi.
-Boleh rujuk gambar kat bawah.  👇
-Kalau di negeri Kedah ni, pasangan kena baca ikrar. Negeri lain taktau la camna.
-Dah settle, kena bayar RM15 (seorang) utk mohon borang kebenaran berkahwin. Kalau 2 orang iaitu kalau SAMA daerah kena bayar RM30 lah, pehe dok?  😁
– Borang kebenaran berkahwin selalunya siap dalam masa seminggu, bergantung kepada pejabat agama negeri masing2.

4) Bagi borang kebenaran kepada pihak perempuan.

– Selepas seminggu, boleh mintak tolong mak/ayah pihak lelaki ambil kan borang tersebut dan bagi kepada pihak perempuan.  👉 👉 ini kalau daerah/ negeri lelaki yang BERBEZA dengan pihak perempuan.

 

– Tapi kalau daerah/negeri yang SAMA dgn pihak perempuan, terus bagi kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.

5) Ok. So berbalik kepada tadi, bagi pasangan yang BERBEZA daerah, pihak perempuan perlu bawak borang-borang lelaki yang dah disahkan oleh pejabat agama tadi ke pejabat agama daerah perempuan dalam tempoh sebulan sebelum akad nikah.

– Then lepas seminggu, pejabat agama bagi borang kebenaran nikah kat pihak perempuan.
– Pastu bawak pulak borang tu kepada imam masjid kariah untuk akad nikah.
– Ok nak selesai dahhh, ciked lagiii  😉 🏃

6) Akad nikah.

– Masa akad nikah, tok kadi/tok imam akan bagi surat nikah sementara.
– Pasangan wajib check maklumat macam nama, IC dalam surat tu betul/tak. (Ini PENTING sebab maklumat tu akan digunakan untuk buat sijil nikah pulak)
– Then bawak surat nikah sementara tu ke pejabat agama DAERAH PEREMPUAN untuk buat sijil nikah.
-Kenapa mesti daerah perempuan? Sebab ikut tempat akad nikah  😉

7) Proses utk mohon sijil nikah.

– Bawak surat nikah sementara (asal + salinan)
– IC sendiri, IC pasangan & IC wali
– Bayar RM20 untuk sijil nikah.
– Tunggu sebulan, then boleh ambil sijil. (Bergantung kepada negeri masing2 ada yang tak sampai sebulan pun sijil dah siap  ☺)
– Pastu fotostat sijil nikah tadi, lipat dan simpan dalam dompet.
-Yang sijil nikah asal tu just simpan ja dalam file.
– PENTING! Sebab takut satgi kena serbu dengan pegawai agama haha. Kot2 la depa ingat kita tak kawen lagiii~ hihi so bila kena serbu, tunjuk ja bukti sijil nikah tu!  😀

8) Proses untuk mohon kad kahwin.
– Dah dapat sijil tu, better buat kad kahwin pulak.
– Perlu bayar RM40 untuk sepasang pasangan.
– Nanti pejabat agama akan bagi checklist dokumen apa yang perlu dibawa untuk mohon kad kahwin.

DAH SELESAI YEAY!  😍 HIHI ALHAMDULILLAH. Itu jee.  💁 Nampak rumit ke? Pening ke? Lek lek. Simple ja sebenarnya benda ni. Saya dulu masa praktikal tu sampai kena buat notes tempek kat dinding kaunter tu untuk nak ingat hahaha. Nak dekat sebulan baru ingat proses ni adoyai.  💆

**Apapun sistem ini dari segi jumlah bayaran dan lain-lain ialah berdasarkan waktu saya praktikal pada tahun lalu iaitu tahun 2016. Tahun ni mungkin sistem dah update, jadi mungkin ada sedikit perubahan. Korang juga boleh refer & call pejabat agama dulu ya untuk dapatkan lebih kepastian  ☺ sebab sistem di setiap pejabat agama ni berbeza mengikut negeri  😁

 

So boleh terus klik kat v atas kanan tu & tekan saved ya! Dah save, bila-bila masa ja uolls boleh baca  😇

Okay so….Selamat Berkahwin Uolls!  💑 Haha.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *